Bertempat di Penjara Sungai Udang, Melaka pada 27.07.2016 (Rabu) telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Sungai Udang, Melaka. Majlis sambutan yang penuh gilang gemilang telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haji Harun, Ketua Menteri Melaka, Orang Kenamaan, serta tetemu jemputan. Turut hadir ke majlis tersebut TKP Abdul Aziz bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Dianggarkan seramai 10,000 orang awam sekitar Dun Sungai Udang dan Negeri Melaka telah menghadiri majlis tersebut. Majlis telah diserikan dengan nyayian lagu dari artis tempatan, cabutan nombor bertuah dan pemberian duit raya serta tiket perlawanan bola sepak.
""